Sunday, April 11, 2010

Affiliate Malaysia

Buat Duit Online : Bagaimana Menjana RM1000 Sebulan Dengan Affiliate Malaysia
Buat Duit Online : Bagaimana Menjana RM1000 Sebulan Dengan Affiliate Malaysia - Best jer dengar bunyi RM1000 sebulan eh.. bagi orang lama dalam bisnes online ni dah tak heran dengan angka tu. Diorang dapat berganda-ganda sebulan dengan program affliate dalam dan luar negara. Bagi orang-orang baru mesti tak berapa tahu macamana nak buat. Blog aku ni memang ditujukan khas untuk korang yang baru dalam bisnes ni. Harap korang ambil kesempatan belajar dan jauhi penipu-penipu yang ramai kat luar tu.. Konon2 bisnes online tapi sebenarnya buat skim cepat kaya la, saham cari kaki la.. membusukkan nama program buat duit online sejati. Aku berbulu betol..

Ok, aku akan fokuskan kepada affiliate Malaysia.

Apa benda affiliate tu? Biskut ker?
Bukan biskut lar.. Ni macam korang tolong jual barang orang lain.. Kalau berjaya jual. Orang itu akan bagi komisyen pada korang.. Macam agen pemasaran..

Banyak ker dapat komisyen?
Bergantung kepada penjual, ada yang bagi RM10, RM50, RM100 untuk satu barang berjaya jual.

Barang apa?
Kebanyakannya ebook, software.. ada juga barang fizikal..

Berapa kena bayar?
Free jer.. Kalau kena bayar tu da kategori skim cepat kaya. Ko sepak je muka dia Ada juga yang wajibkan korang beli dulu produk diorang baru dia bagi jadi agen..

Macamana nak mula?
Korang pergi kat mana-mana surat penjualan (omputeh cakap sale letter) produk. Biasa diorang lepak kat forum2.. Kat bawah sekali biasa ada tulis.. mohon jadi affiliate. Klik.. Register lebih kurang.. Jangan lupa maklumat bank korang. kalau tak.. tolong free jer la.. Korang akan diberi link, banner, dan sebagainya.. untuk mempromosi.. contoh link http://jualebook.com/index.php?ref/namakorang



Macamana nak promosi?
Promosi banyak cara.. paling senang korang letak link korang kat signature email, forum.. atau letak kat blog korang.. contoh macam kat ruang iklan blog nih.. dan letak juga link korang pada korang punya facebook, twitter dan sebagainya.. letak ayat gempak sikit.. macam ---> aku dapat seratus semalam buat benda ni.. (letak link korang)..

Macamana dorang nak bayar?
Pembayaran korang akan dibuat pada akaun bank yang korang masuk masa daftar tu..

Boleh percaya ker?
Setakat ni masih boleh percaya.. Walaupun ada penjual yang kadang-kadang berat nak bayar.. keseluruhannya masih ok. Tapi setiap penjual akan beri korang link untuk korang periksa berapa banyak link yang orang klik, berapa jualan. Ada juga yang tiba2 menghilangkan rekod penjualan korang daripada senarai... ada yang bagi alasan spam.. kah.. kah.. Klau agen dia spam nyepam pun dia dah dapat untung jualan.. Apa alasan dia tak nak bayar... kalau jumpa penjual macam ni.. cepat-cepat buang link diorang... Walau sebesar mana pun nama diorang dalam bisnes "buat duit online" di Malaysia.. jangan bagi muka..

Berapa boleh dapat?
Bergantung kepada usaha korang. Rajin, banyak dapat, kalau malas.. nak dapat apa..

Ada apa lagi nak tambah?
Banyak program buat duit online korang boleh cuba.. yang penting bertindak.. seribu langkah bermula dengan langkah pertama..

No comments:

Post a Comment